Saturday 29 August 2015

Top 10 Pelumba Wanita Yang Cantik dan Seksi

Walaupun litar lumba kereta dikuasai oleh kaum lelaki tetapi wanita juga berpeluang membuktikan mereka juga mampu berlumba dengan baik. Disamping ketangkasan mereka membawa kereta dengan laju mereka juga cantik, seksi dan menawan. Siapa sangka model yang jelita juga mampu berlumba dengan baik di litar.


Milka Duno
Pelumba Venezuela yang bertanding dalam IndyCar Series dan ARCA Racing Series. Ia terkenal sebagai pelumba wanita yang berjaya menghabiskan perlumbaan 24 jam di Daytona.  Beliau juga merupakan bekal model yang memegang Master Degree dalam bidang Kejuteraan Laut, Perniagaan Maritim dan Biologi Maritim. 




 Danica Sue Patrick
Seorang wanita Amerika yang terlibat dalam perlumbaan kereta auto,model dan juga jurucakap pengiklanan. Beliau dianggap wanita yang paling berjaya dalam sejarah perlumbaan terbuka Amerika.  Pernah memenangi pertandingan IndyCar di Jepum pada 2008.



 Courtney Force
Pelumba drag yang kini bertanding dalam NHRA. Buat masa ini dia mewakili pasukan John Force Racing dengan menggunakan kereta Traxxas Ford Mustang.  Lulusan ijazah dari Car State Fullerton pengkhususan dalam komunikasi.  Pada tahun 2009 beliau telah memenangi Top Alcohol Championship.



 Leilani Munter
Pelumba Amerika yang bertanding dalam ARCA Racing Series.  Sebelum ini beliau berlumba dalam Firestone Indy Lights. Memperolehi ijazah dalam bidang biologi dari  University of California, San Diego.



 Susie Stoddart
Pelumba Birtish kelahiran Scotland. Beliau bermula sebagai pelumba go-kart sebelum memasuki Formula Renault dan Formula Three. Kemudian bertanding dalam German Touring Car Championship untuk pasukan Mercedes-Benz. Bertugas sebagai pengarah eksekutif untuk pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One Team sejak Januari 21, 2013 hingga sekarang.



 Jennifer Jo Cobb
Pelumba Profesional Amerika yang bertanding dalam NASCAR Nationwide Series,NASCAR Nationwide Series dan NASCAR Camping World Truck Series. Kini ia berlumba dengan pasukan miliknya sendiri iaitu  Jennifer Jo Cobb Racing dengan mengunakan kereta  Chevrolet Silverado.



 Carmen Jordá
Pelumba Sepanyol yang kini bersama Lotus F1 Team sebagai pemandu pelatih. Pernah menyertai pertandingan Sebring International Raceway untuk pasukan Walker racing.



 Maryeve Dufault
Pelumba Kanada yang banyak menyertai pertandingan seperti Skip Barber, Formula BMW, Formula Renault, Star Mazda, NASCAR Canadian Tire Series, ARCA Racing Series dan NASCAR Nationwide Series. Disamping berlumba beliau juga adalah model dan jurucakap pengiklanan.



 Kenzie Ruston
Pelumba Profesional Amerika yang bertanding sepenuh masa dalam pertandingan NASCAR K&N Pro Series East.Menggunakan kereta Toyota Camry untuk pasukan Rev Racing.



 Shannon McIntosh
Pelumba kereta auto Amerika ini bertanding dalam ARCA Racing Series untuk pasukan Cunningham Motorsports. Sebelum ini beliau menyertai  U.S. F2000 National Championship untuk pasukan  Wayne Taylor Racing pada tahun 2011.




























No comments:

Post a Comment