Saturday 29 August 2015

Top 5 Penjenayah Wanita Yang Jelita dan Seksi

Bila melihat wajah mereka ramai yang menyangka mereka adalah model. Namun disebalik wajah yang jelita dan potongan badan yang seksi tersembunyi jenayah yang mereka lakukan.  Diantara jenayah yang mereka lakukan adalah jenayah serius seperti membunuh, merompak dan mengedar dadah. Jangan terpesona dengan kecantikan mereka!.



Claudia Ochoa Felix
Wanita ini juga diberi jolokan 'Mexican Kim Kardashian' kerana wajahnya yang hampir menyerupai Kim Kardashian”  Wanita seksi ini sebenarnya adalah ketua skuad pembunuh Los Antrax untuk Kartel Sinaloa iaitu kartel pengedar dadah yang paling berkuasa di Mexico. Claudia sering kelihatan dengan senjata AK-47 berwarna pink yang ditempah khas untuknya.  Beliau berumur 27 tahun, sering berpakaian ketat,seksi dan sering bergambar bersama senjata AK-47.  Claudia akhirnya ditahan pada Januari 2014.




Stéphanie Beaudoin
Berumur 21 tahun, beliau dihadapkan ke mahkamah Victoriaville, Quebec atas 114 tuduhan jenayah. Jenayah yang dilakukannya ialah mencuri dan memiliki senjata api secara haram.  Peguamnya berkata ia bersetuju untuk mengaku salah diatas 30 tuduhan jenayah yang dilakukannya. 

Candice Rose Martinez
Wanita ini digelar 'The Cellphone Bandit' kerana merompak sambil berbual melalui handphone. Berita rompakan tersebut menjadi tajuk utama akhbar di Northen Virginia kerana beliau merompak empat bank bersama teman lelakinya yang juga pemandunya.  Jumlah rompakannya ialah $48,620 USD dan dipenjarakan selama 12 tahun atas kesalahannya.



Amy Fisher
Pada awal 90-an Amy Fisher telah menembak isteri kekasihnya di kepala berhadapan rumahnya. Walau bagaimanapun mangsa terselamat namun mengalami kerosakan fizikal dan mental seumur hidup. Beliau dipenjarakan selama 15 tahun atas tuduhan cubaan membunuh.  Ketika kejadian tersebut Amy Fisher baru berumur 17 tahun.


Gabrielle Hill
Gadis berusia 19 tahun, ditahan di Tampa, Florida atas kesalahan memiliki dadah paraphernalia.


No comments:

Post a Comment