Friday 28 August 2015

10 CEO Wanita Yang Cantik dan Seksi Di Dunia

Mereka bukan sahaja cantik, menawan dan seksi malah berjaya dalam dunia perniagaan pada usia yang muda. Kecantikan dan kejayaan mereka mendapat perhatian antarabangsa. Berikut adalah senarai 10 orang wanita tersebut.



 Hilary Rowland




 Berumur 33 tahun dan menajdi CEO kepada eClick Interactive Inc dan NewFaces.com. Kedua syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1995 semasa beliau masih berumur 15 tahun.


Peraturan dan Undang-undang Yang Pelik Di Dunia

  1. North Dakota -  Adalah salah jika anda berbaring atau tidur dalam keadaan masih memakai kasut.
  2. Kanada - Anda dilarang samasekali membuka balutan di tempat awam.
  3. Samoa - Adalah salah jika anda tidak mengingati hari lahir isteri anda.
  4. Canton - Anda diharamkan menggunakan padang awam untuk beriadah atau bersukan tanpa kebenaran penyelia taman.
  5. Greece - kasut tumit tinggi dilarang penggunaannya di kawasan yang bersejarah seperti di Acropolis untuk mengelakkan kerosakan pada monumen purba yang bersejarah.
  6. Israel - Dilarang sama sekali membawa beruang bersiar-siar si pantai.
  7. Thailand - Diharamkan membawa kereta tanpa memaki baju.
  8. Kentucky, USA - Wanita diharamkan memakai bikini atau pakaian mandi di lebuhraya kecuali diiringi oleh polis, mengalami kecederaan, atau wanita tersebut mempunyai berat bawah 20 paun atau lebih 200 paun.
  9. Sweden - Anda harus menyalakan lampu kereta anda 24 jam sehari jika menggunakan jalanraya.

Perkara menarik disebalik 10 jenama pengeluar elektonik terkemuka

 
Samsung Electronics
Samsung adalah syarikat elektronik yang terbesar di Korea Selatan. Perkataan Samsung diambil dari bahasa Korea iaitu bermaksud "tiga Bintang" bukan Bintang Tiga yek, yang tu komunis tu.  Perkataan tiga mewakili besar, banyak dan berkuasa, sementara perkataan
bintang bermkasud berkekalan.


Nokia
Pada asalnya Nokia tidak bergiat dalam bidang elektronik. Ia bermula sebagai syarikat yang mennghasilkan pulpa dari kayu dan beroperasi di Bandar Tampere, Finland.  Kemudian Nokia menghasilkan produk berasaskan getah.  pada tahun 1967, Nokia Corporation telah bergiat dalam lima perusahaan yang berbeza iaitu getah,kabel,perhutanan,elektronik dan janakuasa.
 
 

Apple
Tiada cerita rasmi bagaimana jenama Apple diperolehi.  Tetapi ramai yang mempercayai ia berkaitan dengan kegemaran Steve Job,CEO Apple yang cukup gemar memakan buah Epal.  Pada asalnya nama Apple Computers digunakan namun pada 2007 perkataan computer digugurkan dan perkataan Apple sahaja digunakan.




LG
Ramai menyangka perkataan LG adalah singkatan dari 'Live Good'.  Sebenarnya ia berasal dari dua band yang popular di Korea iaitu Goldstar dan Lak-Hui (disebut sebagai Lucky). Kedua nama digabungkan menjadi Lucky Goldstar atau singkatannya LG.
 
 

HTC
HTC ditubuhkan pada tahun 1997 oleh dua orang iaitu  H. T. Cho dan Cher Wang yang kni merupakan pengerusi lelaki dan pengerusi wanita untuk HTC. Mereka memutuskan untuk menggunakan huruf awalan nama mereka berdua yang diabungkan dan menhasilkan nama HTC.  Ramai yang beranggapan salah HTC bermaksud High-Tech Computer.


SONY 
Nama Sony berasal dari perkataan Latin iaitu Sonus. Ia dipilih kerana ia senang disebut dalam banyak bahasa.  Sony juga merujuk kepada slang Amerika yang bermaksud well-to-do young man.  Syarikat tersebut diasaskan pada 1946 dengan nama Tokyo Telecommunications Engineering Corporation.
Namun pada tahun 1950-an ia ditukar kepada Sony.
 
 


ASUS
Asus ditubuhkan oleh empat orang pekerja ACER pada tahun 1989. Pada asalnya ia menggunakan nama Asustek. Perkataan Asus diambil dari binatang mitos orang Greek iaitu Pegasus, sejenis kuda yang mempunyai sayap.


LENOVO
Syarikat Lenovo bermula daripada garaj dan kini merupakan pengelua terbesar komputer peribadi.  Pada 1984, pengasanya ingin meletakkan nama Chinese Academy of Sciences Computer Technology Research Institute New Technology Development Company kepada syarikatnya namun ia terlalu panjang. Hasilbeberapa kali perbincangan mereka memilih nama Lenovo. Ia berasal dari dua perkataan Latin iaitu Le dan Novo yang membawa maksud baru.




IBM

IBM ditubuhkan pada tahun 1911 dan merupakan syarikay yang pertama mengeluarkan teknlogi perkakasan komputer. IBM adalah singkatan daripada International Business Machines yang diberikan oleh Tom Watson Sr.


DELL
Syarikat Dell adalah syarikat Amerika yang terkemuka dalam pengeluaran komputer.  Nama Dell diambil daripada pengasasnya iaitu Michael Dell.