Tuesday 1 September 2015

Guru-guru Yang Melakukan Salah Laku Seks Dengan Pelajar - Bhg 1

Guru sepatutnya mengajar serta menjadi contoh yang baik kepada para pelajar. Sebaliknya guru-guru wanita ini didapati bersalah kerana salah laku seks dengan pelajar lelaki bawah umur. Kesemua kes yang dicatat ini berlaku di Amerika. Semoga kes-kes salah laku ini tidak berlaku di negara kita walaupun terdapat laporan-laporan guru-guru disini juga terlibat dalam salah laku seks namun masih lagi dalam kawalan. Kebanyakan guru-guru ini memupnyai rupa paras yang cantik dan menarik namun disalah gunakan untuk memikat pelajar lelaki di bawah umur dengan melakukan hubungan yang tidak senonoh dan leanggar etika perguruan mereka.


Hope Jacoby
Ditahan ketika sessi terakhir persekolahan.  Hope Jacoby ditahan kerana melakukan hubungan seksual dengan pelajar lelaki diantara umur 14 dan 17 tahun. Perkara ini disahkan dengan penemuan gambarnya didalam telefon bimbit pelajar lelakinya. Guru berumur 23 tahun tersebut adalah Jurulatih Fizikal di Sekolah Tingi Tustin.  Ia dibebaskan dengan ikat jamin tetapi didakwa atas kesalahan cuba melakukan oral dan kegiatan seks yang tidak bermoral.