Thursday 17 September 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Buah Dada Wanita Yang Patut Anda Tahu

Buah dada wanita atau bahasa sopannya payu dara adalah salah satu daripada daya tarikan utama tubuh wanita. Bahagian tersebut sering menjadi perhatian utama lelaki. Ada wanita yang mempunyai saiz besar secara semulajadi dan sebaliknya. Seksi atau tidak seseorang wanita itu bukan bergantung terhadap saiz buah dada semata-mata. Keseksian wanita itu terletak pada persepsi kaum lelaki yang memandangnya dan lebih bersifat subjektif. Walau bagaimanapun mari kita lihat beberapa fakta menarik mengenai payu
dara wanita sekadar untuk pengetahuan sahaja.


1. Secara puratanya wanita Amerika memakai coli bersaiz 40 D.




2. Kebanyakkan saiz buah dada wanita sebelah kiri besar sedikit dari sebelah kanan. Jarang wanita yang mempunyai kedua-dua buah dada yang bersaiz sama atau semetri. 
 3. Menurut kajian yang dilakukan oleh The International Agency for Research on Cancer mendapati wanita yang bekerja shif malam berisiko tinggi untuk mendapat kanser payu dara. 
 4. Masyarakat Mesir purba adalah yang pertama sekali mendokumentasikan penyakit kanser payu dara. Ahli arkeologi telah menjumpai catatan pada kepingan papyrus yang berusia 3500 tahun mengenai ketumbuhan atau ketulan dalam buah dada wanita. Catatan yang  dibuat oleh pakar bedah Mesir Kuno ketika itu juga menyatakan penyakit yang diakibatkan oleh ketumbuhan itu tiada penawarnya.  



5. Purata berat sebelah buah dada wanita adalah 1.1 pound dan mengandungi 4 hingga 5 peratus lemak badan.



6. Wanita yang merokok mempunyai buah dada yang sedikit kendur atau kurang keanjalan kerana kandungan kimia dalam rokok telah menjejaskan bahan elastin yang terdapat dalam buah dada wanita.




7. Menurut American Society of Plastic Surgeons, pembedahan plastik buah dada adalah yang teratas sekali dalam senarai pembedahan kosmetik. Pada tahun 2011 sahaja sebanyak 307,180 pembedahan untuk membesarkan buah dada dilakukan di Amerika Syarikat.



8.Sebanyak 4 juta bra dikeluarkan oleh pengilang setiap hari.



9. Pembedahan implan untuk membesarkan buah dada menggunakan silikon pertama kali dilakukan pada tahun 1962. Silikon tersebut dicipta oleh dua pakar bedah plastik dari Texas. Wanita yang pertama menjalani pembedahan tersebut ialah Timmy Jean Lindsey berumur 29 tahun. Pada awalnya wanita hanya ingin membuang tatoo pada dadanya.




10. Wanita British didapati mempunyai saiz buah dada yang besar berbanding negara lain di Eropah. Kebanyakan mereka memakai bra bersaiz D Cup.


No comments:

Post a Comment