Tuesday 20 October 2015

10 Handphone Yang Paling Mahal Di Dunia

Handphone bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi yang penting dalam dunia sekarang malah dengan kemajuan teknologi smartphone fungsinya lebih daripada sekadar untuk berkomunikasi sahaja. Namun sesuai dengan perkembangan semasa handphone juga sudah dijadikan sebagai salah satu barang kemas atau aksesori mewah untuk sesiapa yang berkemampuan. Posting kali ini memaparkan 10 handphone yang paling mahal di dunia. Harganya langsung tidak masuk akal dan logik untuk sebuah handphone. Namun kepada yang bersatus billionaire harga bukanlah halangan besar untuk mereka. Yang penting adalah kepuasan kerana tidak ramai yang mampu memilikinya.


 1. Diamond Rose iPhone 4 32GB















Handphone yang termahal di dunia setakat ini dan direkacipta oleh Stuart Hughes. Bertatahkan 500 butir berlian berjumlah 100 karat yang terdapat disekeliling kasing dan 53 butir tambahan berlian lagi di logo Apple. Butang navigasi diperbuat dari platinum dan terdapat sebutir lagi berlian 8 karat ditengah-tengahnya. Dengan jumlah kesluruhan berlian yang terdapat di hanphone ini cuba bayangkan berapa harganya?. 8 juta!, ya harga 8 juta untuk sebuah handphone!.





2. Supreme Goldstriker iPhone 3G 32GB















Handphone yang kedua mahal di dunia dan berharga 3.2 juta USD. Handphone keluaran Apple ini diperbuat dari 22 karat emas tulen seberat 271 gram. Bahagian skrin pula dikelilingi oleh berlian 53.1 karat. Perumah untuk butang navigasi pula dilitupi oleh sebutir berlian 7.1 karat yang jarang didapati. Bukan setakat itu sahaja, ia didatangkan dengan kotak yang diperbuat dari blok granit dan emas Kashmir. Bahagian dalamnya pula dilapisi dengan kulit.



 3. iPhone 3G King’s Button















Handphone ketiga mahal dikuasai sekali lagi oleh model keluaran Apple. King's Button iPhone 3G dihasilkan oleh pereka barang kemas terkenas dari Austria, Peter Aloisso. Sebanyak 138 butir berlian diletakkan pada handphone ini. Berlian putih 6.6 karat yang menawan pula digunakan pada home screen button. Harga handphone ini ialah 2.4 juta USD.



 4. GoldVish Le Million















Namanya sudah cukup membayangkan harganya iaitu 1.3 juta dollar. Mendapat anugerah Guinnes World Records sebagai handphone yang termahal pernah dijual di Millionaire Fair di Cannes, Perancis pada September 2006. Handphone ini direkacipta oleh pereka jam dan barang kemas mewah yang terkenal iaitu Emmanuel Gueit. Le Million yang dilancarkan di Switzerland mempunyai 18 kg emas putih dan 20 karat Berlian VVSI.



5. Diamond Crypto Smartphone
















Telefon pintar ini direka cipta sekali lagi oleh pereka eksesori mewah, Peter Aloisson. ia dihiasi dengan 50 butir berlian, 10 butir daripadanya adalah berlian biru yang jarang dijumpai. Sesetengah sekyennya diperbuat daripada emas berkualiti tinggi. Disamping itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi yang mencegah ia daripada dicuri dan dirampas. Harganya adalah 1.3 juta USD.



6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot















Handphone ini adalah keluaran dari Gresso, pengeluar handphone mewah. Dikeluarkan di Switzerland pada tahun 2005.Diperbuat dari emas tulen seberat 180 gram. Panel belakang pula dihasilkan dari kayu spesis African backwoods yang berusia lebih 200 tahun dan juga adalah kayu yang termahal sekali di dunia. Papan kekuncinya dihasilkan dari kristal batu nilam dan berharga satu juta USD.



7. Vertu Signature Cobra















Rekaan handphone Vertu Signature Cobra agak unik sedikit kerana terdapat ukiran ular tedung pada kasingnya. Hasil rekaan Boucheron dari Perancis, seorang pereka barang kemas. Dihiasi dengan sebutir berlian putih, dua butir zamrud dan 439 butir batu delima.



8. BlackDiamond VIPN Smartphone















Black Diamond adalah handphone keluaran Sony. Gaya konsep rekaanya dihasilkan khusus untuk Sony oleh Jaren Goh. Ciri utamanya ialah paparan yang terperinci, skrin polikarbonat dan teknologi LED organik. Dihiasi dengan dua butir berlian. Satu terletak di butang navigasi dan satu lagi di bahagian belakang. Harganya ialah $300,000.



9. iPhone Princess Plus















Ciri-ciri iPhone ini tidak banyak bezanya dengan model iPhone yang lain. Model ini dihasilkan oleh perekacipta Austria, Peter Aloisson. Dihiasi dengan berlian yang bermutu tinggi dan berharga $176,400.



10. Vertu Signature Diamond





















Yang terakhir sekali ialah handphone keluaran Vertu. Diperbuat daripada platinum dan didakwa proses pembuatannya adalah yang terbaik sekali kerana dibuat dengan tangan dan bukan mesin. Handphone ini dihiasi dengan corak berlian yang cantik dan hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit. Harganya adalah $88,000.


No comments:

Post a Comment